EMPIRE 778

United We Succeed. Together We Achieve.

Anda ingin jadi Perunding Hartanah?

Sedang mencari peluang pekerjaan dalam industri hartanah? Nak jadi perunding hartanah?

Buat anda yang ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan tanpa perlu berhenti kerja. Sertai kami sebagai perunding hartanah.

Kenapa Anda perlu Sertai Kami?

Pendapatan Tanpa Had

Kami beri cek kosong, anda tulis berapa yang anda mahu ikut impian anda. Kerja kuat, lebih besar pendapatan anda.

Masa Kerja Yang Fleksibel

Ini ialah perniagaan anda. Anda yang menentukan masa kerja anda. Lebih masa, lebih wang. Keluarga tidak akan dilupakan.

% Komisen Yang Tinggi

Peratusan komisen yang tinggi untuk pendapatan yang lebih besar. Jalan kerjaya yang kami telah rancang untuk anda.

Skim Komisen Pantas!

Kami berikan komisen pantas untuk projek terpilih agar perunding lebih fokus untuk buat lebih banyak jualan.

Training & Support disediakan

‘0″ dalam hartanah. Jangan khuatir. Segala latihan dan bimbingan akan diberi sebelum anda menjejakkan kaki dalam industri ini.

Insentif & Penghargaan

Kami menghargai setiap pengorbanan ejen kami. Trip luar negara, dan percutian, hadiah wang tunai, menanti anda.

Di mana impian akan menjadi kenyataan. Jemput berkenalan dengan kami dan say Hi!

Antara aktiviti-aktiviti Kami

Training, Mentoring & Seminar

Diadakan setiap minggu kepada perunding. Barisan team leader yang mampu membantu kejayaan anda.

Aktiviti sukan bersama-sama

Bukan setakat bekerja, tetapi aktiviti riadah juga tidak dilupakan. Badminton, futsal, bowling, hiking dan banyak lagi. 

Makan-makan

Acara wajib bagi setiap perjumpaan. Bukan makan sahaja tapi berkongsi pendapat dan tips dikalangan ejen senior.

EMPIRE 778 Annual Dinner

Bukan setakat majlis makan malam tahunan, kami juga adakan setiap suku tahunan untuk semua perunding kami.

Chester Annual Dinner

Acara tahunan keluarga besar Chester Venture Berhad. Kejayaan perunding dan kumpulan diraikan besar-besaran.

Trip Jalan-Jalan Ke luar negara

Lepas penat lelah setahun, kita berjalan ke luar negara. Selami budaya orang sekali gus merapatkan antara hubungan.. 

Project Briefing

Antara orang yang terawal mengetahui projek-projek yang HOT sekitar semenanjung Malaysia.

Road Shows

Bantuan syarikat dengan menyediakan platform untuk menjual projek di pusat membeli belah atau expo hartanah.

Kami ialah SUG!

Star Union Group dianggotai oleh beberapa cawangan Chester. Kami mempunyai training dan kepakaran dalam hartanah.

Kami sedang berusaha mencapai target kami.

Total Sales 64%

Apa Kata Mereka...

Kenapa ingin menjadi Perunding Hartanah?

Ikuti sesi temubual dua orang Group Sales Manager kami ini yang mungkin dapat memberikan anda info yang berguna.

Nasihat Kepada Perunding Hartanah Baru

Masih lagi keliru atau tidak yakin? Ikuti video ini.

Soalan Pertanyaan Lazim

Ejen Hartanah perlu ada kelulusan dalam bidang hartanah sama ada sijil, diploma atau Ijazah. Mereka ni kemudian perlu buat praktikal selama 2 tahun dan perlu hadir ke temuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Ejen Hartanah. Setelah lulus baru boleh dapat lesen dan buka agensi hartanah.

Ejen hartanah pula akan melantik Perunding Hartanah dalam menjalankan urusan transaksi jual beli hartanah. Komisen akan dibahagikan antara mereka dan ejen mereka sekiranya perunding berjaya menjual rumah.

Lebih banyak kes yang anda berjaya lakukan, makin besar pendapatan anda. Pendapatan seorang ejen berdasarkan komisen. Tak ada gaji tetap, jadi kena lah pulun kerja hari-hari. Hari terbaik untuk berkerja adalah hari orang lain bercuti. 

Contoh jika anda berjaya menjual seunit rumah dengan harga RM300,000, komisen yang diterima adalah 3% (komisen standard di Malaysia) which is RM9,000. Daripada RM9,000 ni, akan dibahagikan antara aanda dengan Agensi Hartanah.

Kebiasaanya pembahagian ni bergantung kepada senioriti seseorang dalam agensi tersebut. Ada yang boleh mencapai sehingga 70% daripada total komisen penjualan tersebut. Jadi jumlah komisen adalah RM6,300.

Katakan anda berjaya menjual 4 unit rumah berharga RM300,000. Jumlah income yang berjaya diperoleh untuk bulan tersebut ialah RM18,900!

Sebagai Ejen Hartanah, anda akan berhadapan dengan dua jenis pelanggan. 

Skop kerja dengan pemilik hartanah

  • Networking dengan pemilik hartanah untuk senaraikan hartanah mereka dalam listing anda
  • Buat inspection rumah untuk mengetahui keadaan rumah tersebut
  • Beri khidmat nasihat dan bantuan kepada pemilik hartanah
  • Buat pemasaran untuk dapatkan pembeli hartanah
  • Pastikan hak pemilik hartanah terjaga

Skop kerja dengan pemilik hartanah

  • Sentiasa bina hubungan baik dengan bakal pembeli hartanah
  • Bantu pembeli untuk buat semakan awal kelayakan mereka untuk pembelian hartanah
  • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing
  • Buat rundingan dengan jujur
  • Bantu pembeli untuk memudahkan mereka dapatkan khidmat guaman dan pinjaman
  • Pastikan hak milik pembeli hartanah terjaga

Bergantung kepada ejensi hartanah. Ada yang benarkan. Ada yang stricly NO. Tapi bagi kami, kami masih lagi beri peluang kepada sesiapa yang ingin buat part time tetapi boleh berikan komitment 100%.

Kebanyakan Ejen Hartanah part time ada dua pengakhiran saja. Sama ada berhenti jadi ejen atau terus jadi Full Time.

Walaupun kerjaya sebagai Ejen Hartanah ni fleksibel, tapi itu tak bermakna anda bebas. Anda tetap perlu peruntukkan masa untuk selesaikan urusan hartanah bergantung kepada klien anda.

Normally pada hujung minggu, hari sabtu dan ahad anda perlu hadir ke inspection dan viewing rumah bersama klien anda. Biasalah, orang biasa mesti free time weekend kan?

Weekday pula, anda perlu keluar mencari leads sekiranya anda menggunakan kaedah offline seperti buka booth. Inilah masa yang sesuai untuk buat pemasaran.

Selain tu, bila lagi anda nak jumpa peguam dan jurubank selain dari hari minggu betul tak?

Kesimpulannya, in the end kerjaya sebagai Ejen Hartanah ni akan jadi Full-time juga. Dan kami juga sangat sarankan anda untuk buat full-time.

More Time – More Money.

  • Menghadapi penolakan daripada pemilik rumah atau bakal pembeli
  • Pendapatan yang tidak tetap
  • Untuk perunding hartanah baru, kena cepat mempelajari ilmu hartanah, perbankan dan guaman serta timba pengalaman sebanyak dan secepat mungkin

Sebelum bermula anda boleh pergi ke Business Opportunity Preview:  Kerjaya sebagai perunding hartanah yang kami anjurkan. Kelas itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kerjaya perunding hartanah dan bagaimana untuk sertainya.

ATAU

Anda boleh terus hubungi kami untuk temuduga terbuka.

Selepas itu, anda boleh terus menyertai segala training dan workshop dianjurkan oleh kami.

Jom Sertai Kami!

    Alamat Pejabat Agensi Kami

    CHESTER PROPERTIES SDN BHD E(1)1321/4
    9-2-3, Jalan 3/109F, Danau Business Centre,
    Taman Danau Desa,Off Old Klang Road,
    58100 Kuala Lumpur.
    Tel: 03-79846118
    Fax: 03-79847118

    Kami di media sosial

    Rakan Perniagaan Kami

    CHESTER TAMAN DANU DESA - EMPIRE 778